Farmasi Al Fatih

Tymerc Tablet – Kehidupan seharian anda terjejas?

KEHIDUPAN SEHARIAN ANDA TERJEJAS?

Tak usah tunggu lagi, kami ada penyelesaiannya! Rawatan semula jadi sejak turun-temurun yang terbukti secara saintifik BERKESAN, SELAMAT dan BERKUALITI TINGGI

Tymerc-Tablet

Sanggupkah anda melihat mak ayah atau orang tersayang bersusah-payah melakukan akvtivi seharian?
Anda tertanya, sampai bila kita hendak biarkan sakit lutut, pinggang, sendi atau otot kawal hidup kita?
Tidakkah kita mahu kembali aktiviti dan bertenanga?
Bekerja, beribadah serta beriadah tanpa sebarang
halangan dan rasa tidak selesa.

Memperkenalkan TYMERC – ekstrak kunyit 100% SEMULA JADI yang telah dibuktikan keberkesanannya
secara saintifik dan menjalani uji kaji secara terperinci untuk bantu menyelesaikan masalah dan dilemma
sakit sendi dan otot anda.

GAMBAR KUNYIT

TYMERC yang mengandungi kurkumin sebagai bahan aktif utama yang ada terdapat dalam kunyit dan formulasi matriks kunyit semula jadi lengkap (CNTM) dengan teknologi Sandwich-Nonpolar-Polar (PNS) yang melindungi cucurmin dalam matriks yang bertindak secara spesifik kepada kawasan yang sakit, memberikan kelegaan yang berpanjangan.

BAGAIMANA TYMERC akan bantu masalah sakit lutut, pinggang, sendi atau otot anda?

    1. Kesan ANTI-RADANG yang SANGAT CEPAT di mana ujian klinikal ke atas 36 pesakit yang disahkan
      menghadapi Rheumatoid Artritis membuktikan TYMERC SELAMAT DAN BERKESAN mengurangkan
      isu-isu keradangan di seluruh tubuh badan hanya dalam tempoh 3 BULAN SAHAJA!
    2. Kesan ANTI-SAKIT membolehkan TYMERC bertindak sebagai UBAT TAHAN SAKIT SECARA SEMULA
      JADI tanpa sebarang KESAN SAMPINGAN DAN LULUS KKM!
    3. 10 KALI GANDA PENYERAPAN-BIO (cepat serap dalam darah) dan kesannya dapat dilihat seawal
      1 jam dan kesan optimum adalah 4 jam selepas makan.

Jangan tangguh pemulihan masalah sakit lutut, pinggang, sendi atau otot anda!
Kini anda boleh kembalikan semula kehidupan aktif anda dengan mengamalkan TYMERC

SOALAN LAZIM:

  1. Berapa dos sebiji tablet?
    500 mg ekstrak Kunyit (CNTM) setiap tablet.
  2. Berapa biji tablet dalam satu kotak?
    30 tablet setiap kotak.
  3. Bagaimana cara pengambilan TYMERC?
    1-2 tablet setiap hari sebelum makan dengan air.

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi kami.

#sakitlutut #sakitpinggang #sakitsendi #sakitbelakang #sakitotot #sakitbahu #sakiturat #kunyit #asli
#natural #tablet #radang #radangsendi #semulajadi #tymerc #suplemen #artri?s #osteoartri?s

TESTOSTERON RENDAH : PRESTASI MENURUN

20% lelaki di Malaysia mengalami kekurangan hormon lelaki, TESTOSTERON, hormon yang dihasilkan oleh testis yang memainkan peranan sangat penting dalam perkembangan ciri-ciri seksual lelaki iaitu bentuk organ jantina lelaki, pembentukan bulu badan dan corak kebotakan. Hormon TESTOSTERON merupakan hormon utama yang mengawal kesuburan, jisim otot serta penghasilan sel darah merah. Malahan, TESTOSTERON sangat diperlukan untuk mengawal nafsu keinginan seksual, ketegangan zakar dan pancutan sperma.

Punca yang biasa dikaitkan dengan penurunan hormon TESTOSTERON :

  1. Usia yang meningkat
  2. Kecederaan, jangkitan atau kehilangan testikel
  3. Pengambilan ubat-ubatan terutamanya hormon untuk merawat kanser prostat, ubat kortikosteroid, ubat darah tinggi (propanolol, methyldopa, atenolol), ubat merawat sakit mental (chlorpromazine, thioridazine) dan ubat antikemurungan (mipramine, fluoxetine, sertraline)
  4. Penggunaan ubat narkotik (morfin) untuk tahan sakit atau disalahguna (heroin, syabu)
  5. Sirosis hati dan masalah fungsi buah pinggang kronik
  6. Pengambilan alkohol secara berlebihan
  7. Obesity atau penurunan berat secara mendadak
  8. Tekanan

TESTOSTERON yang rendah (hypogonadism) akan menyebabkan :

  1. Nafsu keinginan seksual rendah (libido)
  2. Ereksi yang lemah dan tidak tahan lama
  3. Kekurangan saiz dan kekuatan otot
  4. Penambahan lemak abdominal (kelihatan buncit)
  5. Prestasi fizikal atau kerja berkurangan (cepat letih, daya tumpuan yang lemah)
  6. Perubahan emosi (cepat meradang, pemarah, sedih, murung)
  7. Hilang daya ingatan
  8. Osteoporosis (Tulang rapuh dan nipis)
  9. Bulu-bulu tubuh berkurangan
  10. Masalah tidur

Tapi ada yang wonder berapa bacaan untuk menentukan sudah hypogonadism atau tidak, kita
kena periksa paras hormon TESTOSTERON :

  • Bacaan rendah : Paras hormon kurang 200ng/dL
  • Bacaan normal : Paras hormon melebihi 600ng/dL

Bila sebut tentang prestasi di bilik tidur yang makin menurun, pasti akan merasakan perubahan dalam perhubungan suami isteri. Susah nak keep macho bila ejakulasi pramatang (pancut awal) atau tidak tahan lama asyik berlaku. Lebih parah bila dorongon seks terganggu, isteri mesti terasa terabai. Jurang rumah tangga akan berlaku, si suami menjauhkan diri, si isteri pula tidak berasa puas. Kenikmatan keseronokan aktiviti seks suami isteri pun dah tidak ada. Sedihnya!

Bila search di Internet, keluar nama ubat sildenafil dan tadalafil, jumpa doktor dapatkan preskripsi, datang farmasi terus beli. Kedua-dua ubat ini sememangnya memberikan kesan yang sangat cepat untuk meningkatkan tempoh persetubuhan. Namun, kesan sampingan ubat terus diabaikan asalkan kepuasan dicapai tanpa merisaukan kesan sampingan ubat yang boleh membahayakan alat zakar seperti gangren atau memberi kesan kepada jantung hingga menyebabkan masalah penyakit kardiovaskular terjadi apabila diambil tanpa kawalan dari pihak professional.

kesan-sampingan-sildenafil

Kredit foto : Cawagan Penguatkuasa Farmasi Kelantan

Berita baiknya, masalah ini boleh dirawat dengan mengambil hormon TESTOSTERON dalam bentuk pil, suntikan, pellet, tampalan atau jeli. Cuma, apabila sudah mula terapi hormon, SEUMUR HIDUP PERLU AMBIL. Namun begitu, sekiranya kondisi kesihatan yang memerlukan pengambilan hornon, haruslah consider option tersebut apabila benefits outweigh the risks. Sebaliknya, anda juga boleh cuba alternatif lain terlebih dahulu seperti pengambilan suplemen yang boleh menghasilkan TESTOSTERON secara semula jadi. 


TTG 420 merupakan makanan tambahan yang menggunakan bahan semula jadi iaitu :

1. Ekstrak Tribulus terrestris 170mg

    • Membantu meningkatkan paras hormon TESTOSTERON dengan merangsang receptor
      androgen di dalam otak
    • Membantu menaikkan dorongan atau keinginan seks dengan menukarkan protodioscin
      kepada DHEA
    • Membaiki kekuatan otot

2. Eukstrak larut air Erycoma longifolia 120mg (Tongkat Ali)

    • Memulihkan paras hormon kortisol dan TESTOSTERON
    • Menambah jumlah air mani dan kepekatan/kualiti sperma
    • Membaiki masalah kekurangan keinginan dan kepuasan seks

3. Ekstrak Ginkgo biloba 130mg

    • Meningkatkan kebolehan badan untuk megekalkan ketegangan zakar semasa rangsangan
      seksual
    • Menambahkan oksida nitrik yang membantu membesarkan saluran darah yang akan melancarkan aliran darah terutamanya di dalam zakar
    • Merawat mati pucuk

Bukan itu sahaja, penumbuhan rambut juga akan semakin meningkat. Bila rambut sudah mula lebat, barulah bergaya luar dan dalaman lelaki. Eh jangan lupa, otot pun kembali kuat dan lemak badan menurun, maka tidaklah buncit lagi. Haaa senanglah nak pikat balik hati isteri!

Cara Pengambilan TTG 420 :
1-2 kapsul sekali sehari selepas sarapan

Amalkan pengambilan TTG 420 secara harian, kesannya kepada tubuh akan berpanjangan. Di samping itu, amalan gaya hidup sihat juga amat penting dalam membantu masalah hypogonadism ini. Kekal sihat luar dan dalam!

Dapatkan TTG 420 dengan klik butang “BELI SEKARANG”

TTG-420

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi kami :

#lelaki #produklelaki #kesihatanlelaki #cergas #tenagalelaki #tribulus #tongkatali #gingkobiloba #kesihatansksual #tenaga #lelakimacho #lelakikuat #lelakimalaysia #testosteron #libido #TTG420 #testosteronereplacementtherapy #testosteronebooster #menshealth #vitality #mensenergy #tongkatali #ginkgobiloba #sexualhealth #energy #health #testosterone

STATIN – Ubat Kolesterol & Sakit Otot

Penyakit kronik seperti penyakit darah tinggi, kencing manis, dan peningkatan paras kolesterol dalam darah sudah menjadi sinonim dengan kita. Sakit JANDA MANIS (sakit JANtung, DArah tinggi, kencing MANIS) ni kita tak sedar yang kita dah hidap penyakit tiga serangkai sebab 90% tidak mengalami simtom atau gejala. Tau-tau dah tinggi. So jangan miss buat check-up setiap tahun di klinik atau hospital berdekatan. Ubat yang biasa doktor akan bagi atau preskrib untuk kadar kolesterol yang tinggi adalah STATIN di samping mengubah gaya hidup yang lebih sihat seperti pemakanan seimbang, senaman, mengurangkan berat badan, dan mengelak dari pengambilan minuman beralkohol.

STATIN menghalang enzim yang menghasilkan kolesterol yang akan membantu menurunkan paras kolesterol jahat (low density lipoprotein LDL) dan menambahkan kolesterol baik (high density lipoprotein HDL) dalam darah. LDL jahat sebab LDL selalu sumbat saluran darah yang membentuk plak dalam arteri artherosklerosis). Kalau lama-lama kita biar tanpa rawatan , itu yang kita dengar ada orang meninggal dunia pada usia yang muda akibat serangan jantung, slow dan steady je dia serang dalaman kita. Komplikasi lain adalah seperti angina (sakit dada) atau strok (angin ahmar).

UBAT KOLESTEROL STATIN : LOVASTATIN, SIMVASTATIN, PRAVASTATIN, ATORVASTATIN,
ROSUVASTATIN, FLUVASTATIN, PITAVASTATIN 

Namun begitu, bila makan STATIN, kesan samplingen ubat mesti akan ada, sama macam ubat lain. Untuk mereka yang baru je nak start STATIN, mula-mula berkemungkinan mengalami sakit kepala, sembelit, gatal dan keletihan tetapi akan hilang bila badan kita dah sesuai atau biasa dengan ubat. Ada juga kemungkinan untuk berlaku peningkatan enzim hati bila dos STATIN terlalu tinggi. Jadi penting untuk buat follow up dengan doktor supaya fungsi hati boleh diperiksa secara berkala. Jangan skip appointment tau!

Tapi ada satu lagi kesan sampingan lain bila ambil STATIN iaitu otot akan selalu sakit, lemah dan letih samada kesakitan yang dialami adalah ringan atau teruk. Kadang-kadang tidak membuat aktiviti yang lasak pun masih sakit otot. Naik tangga atau berjalan kaki pun sudah rasa sakit terutama apabila disentuh atau rasa lemah otot. Kita panggil simtom ini sebagai STATIN MYALGIA/MYOPATHY. Risiko berlakunya kemerosotan otot ini adalah apabila mengambil dos STATIN yang tinggi dalam tempo masa yang lama, serta di kalangan warga emas (60 tahun ke atas), pesakit wanita, mereka yang mengalami masalah tiroid (hypothyroidism), masalah fungsi
buah pinggang, Indeks Jisim Tubuh (BMI) yang rendah, mengalami sejarah masalah otot, kekurangan vitamin D dan interaksi ubat. Penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi juga boleh menyebabkan STATIN MYALGIA/MYOPATHY ini. Penyakit JANDA MANIS ini memang membawa pelbagai masalah kan?!

Kredit foto : https://www.express.co.uk

Tahu tak punca kanapa boleh jadi sakit otot? Simple je, ini kerana STATIN menghalang penghasilan CoQ10, co-enzim yang membantu membekalkan tenaga kepada otot kita. Jadi, bila doktor sudah preskrib ubat STATIN, cepat-cepat pergi farmasi untuk dapatkan suplemen CoQ10 untuk mengelakkan kesan sampingan STATIN.

Kebaikan CoQ10 :

  1. CoQ10 membantu menghasilkan tenaga, tanpa tenaga sel otot tidak dapat berfungsi dengan baik menyebabkan otot sakit, lemah, letih, kejang, rasa berat dan stiff di bahagian tangan,
    bahu, pinggul atau/dan peha.
  2. CoQ10 merupakan antioksida yang kuat mampu menghalang dan mengurangkan radikal bebas yang menjadi punca sakit otot.
  3. CoQ10 membantu warga emas untuk menghasilkan otot yang baru.
  4.  Kekurangan CoQ10 akan menyebabkan mitokondria disfungsi yang turut menjadi punca sakit otot.
  5. CoQ10 juga membuang sumbatan plak kolesterol dan menjaga kesihatan jantung 

CoQ10 mempunyai dua bentuk, iaitu UBIQUINONE (bentuk tidak aktif) dan UBIQUINOL (bentuk aktif). Bentuk tidak aktif perlu ditukarkan kepada bentuk aktif sebelum diserap ke dalam darah dan pergi ke kawasan yang memerlukan CoQ10 untuk merawat sakit otot yang dialami. Kebiasaan di pasaran, CoQ10 adalah dalam bentuk UBIQUINONE kerana lebih murah untuk dihasilkan dan dapat dijual pada harga yang lebih rendah. Ini bermakna, suplemen CoQ10 (UBIQUINONE) bila kita makan, ianya perlu ditukarkan dahulu kepada UBIQUINOL. Pengambilan STATIN juga menghalang penukaran UBIQUINONE kepada UBIQUINOL. Bila macam ini, lambatlah kita nak
nampak keberkesanan suplemen ini. Jadi make sure tengok dahulu sebelum beli. Pastikan anda membeli suplemen CoQ10 dalam bentuk UBIQUINOL.

CoQ10_FAQ.png

Kredit foto : https://www.vitamode.com.my

Cara pengambilan UBIQUINOL :
200mg setiap hari untuk 2-3 minggu pertama, kemudian dos diturunkan kepada 100mg/hari.

Untuk mereka yang tidak mengambil STATIN, juga boleh mengamalkan pengambilan UBIQUINOL untuk mengurangkan sakit otot atau individu yang terlibat dengan senaman berat serta mereka yang berusia 40 tahun dan ke atas. Balik kampung jumpa mak ayah atau anda sendiri yang mengambil ubat kolesterol, cuba check adakah STATIN yang klinik atau hospital bagi. Habis berbotol-botol minyak urut tapi masih sakit otot, mungkin boleh semak semula sekiranya ada pengambilan ubat STATIN. Jangan pula kita skip ubat kolesterol sebab takut kesan sampingan ubat, sebab kolesterol tinggi akan membawa kepada pelbagai penyakit kardiovaskular yang lain. Add on sahaja UBIQUINOL, kolesterol terkawal, jantung sihat, badan cergas malah otot pun tidak sakit. 

Dapatkan UBIQUINOL di sini :

CoQ10-Ubiquinol

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi kami :

#kesihatanjantung #statin #ubatkolesterol #kolesteroltinggi #lipid #highcholesterol #heart #sumbat #kardiovaskular #coq10 #ubiquinol #heartattack #cholesterolfree #cholesterol #cholestrol #sakitjantung

Keto Diet Dengan KETO IT-F

Musim PKP ini boleh jadi pembakar semangat untuk kita mula amalkan gaya hidup yang sihat. Bila kita cakap tentang gaya hidup sihat, cara pemakanan atau diet adalah salah satu asasnya. Tapi diet macam mana nak ikut dan amal? Saya cadang untuk anda consider KETOGENIK DIET. Pernah dengar kan???

Apa itu KETO??

Sebelum tu, kita kena tahu yang fungsi badan kita bergantung kepada dua jenis tenaga. Pertama, GULA dari karbohidrat dalam makanan yang kita ambil dan inilah sumber utama yang kita guna sekarang. Contohnya, kita makan roti atau nasi. Kedua, LEMAK sebagai pembekal tenaga.

KETOGENIK DIET atau KETO DIET adalah diet yang mengamalkan pengambilan karbohidrat yang sangat rendah, terlalu rendah sehingga badan kita perlu menggunakan lemak sebagai sumber utama tenaga. Bila badan kita telah kehabisan gula, lemak akan ditukarkan di organ hati kepada molekul tenaga yang dinamakan sebagai ketone. Proses ini dinamakan sebagai ketosis. Diet hasil dari proses ketosis ini dinamakan sebagai ketogenik yang bermaksud menghasilkan ketone. Sebab ini la kita panggil KETO DIET.

Credit photo : www.true-lifesciences.com

Bila kita amalkan KETO DIET, kita nak badan kita sentiasa dalam keadaan ketosis di mana badan kita akan menjadi mesin pembakar lemak! Perfect untuk turunkan berat badan 24/7 termasuk bila anda sedang tidur!! Senang kan?!

Macam mana kita nak tahu badan kita dalam keadaan ketosis?
      • Penurunan berat badan
      • Kurang selera makan
      • Kurang sugar craving
      • Metabolisma meningkat
      • Rasa bertenaga & lebih fokus
      • Mulut berbau
      • Dahaga
      • Cepat letih pada peringkat permulaan diet

So kenapa KETO ini sangat popular sekarang… walaupun sebenarnya bukanlah jenis diet yang baru. Asas kepada KETO sudah lama pun wujud dan anda pernah dengar jutaan kali. KETO sebenarnya diet rendah karbohidrat, diet tanpa gluten, sama seperti diet Paleo dan juga paling sinonim sekali, seperti diet Atkins. KETO sangat simple untuk follow dan berasaskan makanan yang segar dan asli (real food). Elakkan  pengambilan karbohidrat  seperti gula, makanan yang diproses, roti, pasta, nasi dan lain-lain. Sebaliknya, perbanyakkan pengambilan daging merah, ikan, telur, sayur-sayuran, keju, kekacang dan lemak semula jadi seperti mentega dan minyak zaitun.

KETO merupakan relovusi pelbagai jenis diet lama : SUPERCHARGED VERY LOW CARB DIET, maknanya anda akan kekal bertenaga sepanjang masa. Ramai yang mengamalkan KETO bukan hanya untuk turunkan berat badan tetapi sebagai amalan seharian untuk penjagaan kesihatan jangka masa panjang.

Jadi kenapa kita boleh cuba amalkan KETO DIET?
      • Bantu untuk menurunkan berat badan berlebihan dan selera makan
      • Meningkatkan jisim otot
      • Mengurangkan kolesterol jahat : Triglyceride dan LDL (Penyumbat saluran darah)
      • Meningkatkan kolesterol baik HDL
      • Menurun dan menstabilkan gula dalam darah dan tekanan darah
      • Mengurangkan lemak di hati (fatty liver)
      • Meningkatkan tahap kesihatan fizikal dan mental (mental clarity)
      • Mengurangkan keradangan

Sekarang tengah puasa mana la saya larat nak diet sambil bersenam. Berita baik ye semua, berat badan tetap akan TURUN tanpa perlu bersenam bila kita amalkan KETO DIET yang betul. Tetapi of course, senaman bagus untuk tingkatkan stamina dan gain health benefits yang lain. Kita tidak perlu terlalu strict untuk kira kalori. Maknanya kita boleh makan bila kita lapar (kalau tak puasa) tetapi masih dalam kuantiti yang sedikit. Cuma kalau kita gabungkan dengan makan secara berkala (puasa/intermittent fasting-IF), kesan penurunan berat badan lebih maksima.

So anda dah ready nak try KETO DIET? Mesti fikir apa yang boleh kita ambil dan makanan apa yang perlu avoid. Kebiasaannya, KETO DIET yang diamalkan merangkumi 75% LEMAK + 20% PROTEIN + 5% KARBOHIDRAT. Tetapi saya sendiri dah cuba tetapi sukar nak follow sebab tekak Malaysian kan. Mesti nak nasi (karbohidrat) tinggi sikit sebab dah terbiasa dari kecil. Lepas tu susah nak cari atau beli  makanan yang sesuai dengan strict diet. Jadi saya nak introduce dekat anda KETO DIET yang Asian-friendly dan senang
nak ikut serta kawal.

HYBRID KETO IT-F DIET : 40% LEMAK + 40% PROTEIN + 20% KARBOHIDRAT

Credit photo : www.true-lifesciences.com

Credit photo : https://www.pinterest.com/imgur/

Nak pastikan HYBRID KETO IT-F DIET berkesan, kita kena faham betul-betul konsep ketosis. Saya recap balik.. 

  • Proses 1 : Bila kita ambil banyak lemak, enzim lipase akan memecahkan lemak yang tersimpan dan berlebihan menjadi asid lemak (free fatty acids).
  • Proses 1 akan meningkatkan kolesistokinin (hormon pencerna lemak dan protein) yang akan beri signal kenyang.
  • Proses 2 : Asid lemak (free fatty acids) akan dibawa ke organ hati untuk menghasilkan ketone, sumber tenaga untuk tubuh badan kita.
  • Proses 2 akan menurunkan ghrelin (hormon lapar), so automatik anda akan lupa apa maksud LAPAR. Hebatkan?!

Credit photo : www.true-lifesciences.com

Kenapa panggil HYBRID KETO IT-F DIET? Hybrid maksud dia kita combine KETO DIET dan juga INTERMITTENT FASTING/PUASA BERKALA, minimum 12 jam untuk enhance ketosis (Credit video: Youtube Dr. Malinda). Dalam masa yang sama, amalkan juga pengambilan produk KETO IT-F, serbuk minuman pembakar lemak-lemak degil dalam badan anda dengan cepat dan pantas. Simple je cara produk ni bekerja sebab mengandungi Enzim Lipase (Proses 1) yang akan bantu bakar lemak. Bahan lain, Carnitine bertindak sebagai pembawa ketone dan juga memainkan peranan dalam penghasilan tenaga. Badam adalah sumber MCT (medium chain triglycerides) untuk penghasilan ketone. Cinnamon (kayu manis) juga membantu mengurangkan sugar craving.

Credit photo : www.true-lifesciences.com

Cara pengambilan :

  1. Ambil KETO-IT F 1 paket 2 kali sehari, selepas sahur (sarapan) dan juga berbuka (dinner) untuk 14 hari. Maknanya, anda perlukan satu kotak (28 paket) untuk dua minggu.

  2. Kemudian, rehat dari pengambilan produk selama 2 hari. Washout days untuk reset sistem kita kalau tidak jadi, tak berapa berkesan. Tetapi mesti teruskan KETO dan INTERMITTENT FASTING.

  3. Lepas tu sambung balik minum selama 14 hari. Senang kan nak ingat.

  4. Air kosong mesti banyak minum untuk hidrasi!

  5. Senaman 5-10 minit untuk kejutkan kadar metabolisma badan

 

Credit photo : www.true-lifesciences.com

Ambil masa dan peluang ini untuk win back your life. KETO is more than a diet, it’s a lifestyle! Amalkan gaya hidup sihat untuk kekal aktif dan bertenaga.

Untuk pembelian, klik butang “BELI SEKARANG” 

Keto-IT-F

Sebarang pertanyaan atau untuk dapatkan meal plan, boleh hubungi kami.

#ketodiet #ketogenic #ketoitf #hybrid #diet #kurus #loseweight #kurussebelumraya #raya2021 #slimfit #lemak #kekalsihat #lifestyle #craving

Need help?