Penyakit kronik seperti penyakit darah tinggi, kencing manis, dan peningkatan paras kolesterol dalam darah sudah menjadi sinonim dengan kita. Sakit JANDA MANIS (sakit JANtung, DArah tinggi, kencing MANIS) ni kita tak sedar yang kita dah hidap penyakit tiga serangkai sebab 90% tidak mengalami simtom atau gejala. Tau-tau dah tinggi. So jangan miss buat check-up setiap tahun di klinik atau hospital berdekatan. Ubat yang biasa doktor akan bagi atau preskrib untuk kadar kolesterol yang tinggi adalah STATIN di samping mengubah gaya hidup yang lebih sihat seperti pemakanan seimbang, senaman, mengurangkan berat badan, dan mengelak dari pengambilan minuman beralkohol.
STATIN menghalang enzim yang menghasilkan kolesterol yang akan membantu menurunkan paras kolesterol jahat (low density lipoprotein LDL) dan menambahkan kolesterol baik (high density lipoprotein HDL) dalam darah. LDL jahat sebab LDL selalu sumbat saluran darah yang membentuk plak dalam arteri artherosklerosis). Kalau lama-lama kita biar tanpa rawatan , itu yang kita dengar ada orang meninggal dunia pada usia yang muda akibat serangan jantung, slow dan steady je dia serang dalaman kita. Komplikasi lain adalah seperti angina (sakit dada) atau strok (angin ahmar).

UBAT KOLESTEROL STATIN : LOVASTATIN, SIMVASTATIN, PRAVASTATIN, ATORVASTATIN,
ROSUVASTATIN, FLUVASTATIN, PITAVASTATIN
Namun begitu, bila makan STATIN, kesan samplingen ubat mesti akan ada, sama macam ubat lain. Untuk mereka yang baru je nak start STATIN, mula-mula berkemungkinan mengalami sakit kepala, sembelit, gatal dan keletihan tetapi akan hilang bila badan kita dah sesuai atau biasa dengan ubat. Ada juga kemungkinan untuk berlaku peningkatan enzim hati bila dos STATIN terlalu tinggi. Jadi penting untuk buat follow up dengan doktor supaya fungsi hati boleh diperiksa secara berkala. Jangan skip appointment tau!
Tapi ada satu lagi kesan sampingan lain bila ambil STATIN iaitu otot akan selalu sakit, lemah dan letih samada kesakitan yang dialami adalah ringan atau teruk. Kadang-kadang tidak membuat aktiviti yang lasak pun masih sakit otot. Naik tangga atau berjalan kaki pun sudah rasa sakit terutama apabila disentuh atau rasa lemah otot. Kita panggil simtom ini sebagai STATIN MYALGIA/MYOPATHY. Risiko berlakunya kemerosotan otot ini adalah apabila mengambil dos STATIN yang tinggi dalam tempo masa yang lama, serta di kalangan warga emas (60 tahun ke atas), pesakit wanita, mereka yang mengalami masalah tiroid (hypothyroidism), masalah fungsi
buah pinggang, Indeks Jisim Tubuh (BMI) yang rendah, mengalami sejarah masalah otot, kekurangan vitamin D dan interaksi ubat. Penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi juga boleh menyebabkan STATIN MYALGIA/MYOPATHY ini. Penyakit JANDA MANIS ini memang membawa pelbagai masalah kan?!

Kredit foto : https://www.express.co.uk
Tahu tak punca kanapa boleh jadi sakit otot? Simple je, ini kerana STATIN menghalang penghasilan CoQ10, co-enzim yang membantu membekalkan tenaga kepada otot kita. Jadi, bila doktor sudah preskrib ubat STATIN, cepat-cepat pergi farmasi untuk dapatkan suplemen CoQ10 untuk mengelakkan kesan sampingan STATIN.
Kebaikan CoQ10 :
- CoQ10 membantu menghasilkan tenaga, tanpa tenaga sel otot tidak dapat berfungsi dengan baik menyebabkan otot sakit, lemah, letih, kejang, rasa berat dan stiff di bahagian tangan,
bahu, pinggul atau/dan peha. - CoQ10 merupakan antioksida yang kuat mampu menghalang dan mengurangkan radikal bebas yang menjadi punca sakit otot.
- CoQ10 membantu warga emas untuk menghasilkan otot yang baru.
- Kekurangan CoQ10 akan menyebabkan mitokondria disfungsi yang turut menjadi punca sakit otot.
- CoQ10 juga membuang sumbatan plak kolesterol dan menjaga kesihatan jantung
CoQ10 mempunyai dua bentuk, iaitu UBIQUINONE (bentuk tidak aktif) dan UBIQUINOL (bentuk aktif). Bentuk tidak aktif perlu ditukarkan kepada bentuk aktif sebelum diserap ke dalam darah dan pergi ke kawasan yang memerlukan CoQ10 untuk merawat sakit otot yang dialami. Kebiasaan di pasaran, CoQ10 adalah dalam bentuk UBIQUINONE kerana lebih murah untuk dihasilkan dan dapat dijual pada harga yang lebih rendah. Ini bermakna, suplemen CoQ10 (UBIQUINONE) bila kita makan, ianya perlu ditukarkan dahulu kepada UBIQUINOL. Pengambilan STATIN juga menghalang penukaran UBIQUINONE kepada UBIQUINOL. Bila macam ini, lambatlah kita nak
nampak keberkesanan suplemen ini. Jadi make sure tengok dahulu sebelum beli. Pastikan anda membeli suplemen CoQ10 dalam bentuk UBIQUINOL.

Kredit foto : https://www.vitamode.com.my
Cara pengambilan UBIQUINOL :
200mg setiap hari untuk 2-3 minggu pertama, kemudian dos diturunkan kepada 100mg/hari.
Untuk mereka yang tidak mengambil STATIN, juga boleh mengamalkan pengambilan UBIQUINOL untuk mengurangkan sakit otot atau individu yang terlibat dengan senaman berat serta mereka yang berusia 40 tahun dan ke atas. Balik kampung jumpa mak ayah atau anda sendiri yang mengambil ubat kolesterol, cuba check adakah STATIN yang klinik atau hospital bagi. Habis berbotol-botol minyak urut tapi masih sakit otot, mungkin boleh semak semula sekiranya ada pengambilan ubat STATIN. Jangan pula kita skip ubat kolesterol sebab takut kesan sampingan ubat, sebab kolesterol tinggi akan membawa kepada pelbagai penyakit kardiovaskular yang lain. Add on sahaja UBIQUINOL, kolesterol terkawal, jantung sihat, badan cergas malah otot pun tidak sakit.
Dapatkan UBIQUINOL di sini :

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi kami :
- +603-8740 6965
- +6013-637 0142
#kesihatanjantung #statin #ubatkolesterol #kolesteroltinggi #lipid #highcholesterol #heart #sumbat #kardiovaskular #coq10 #ubiquinol #heartattack #cholesterolfree #cholesterol #cholestrol #sakitjantung